Apa Kena Mengena Wany Hasrita Dengan Siti Nurhaliza? Kenapa Siti Rasa Sangat Sedih?

WANY HASRITA DIKATAKAN MENIRU SITI NURHALIZA?

Penyanyi, Wany Hasrita, menafikan dakwaan kononnya beliau cuba meniru Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila muncul bersama single irama Malaysia, Ewah Ewah.

Bukan sekadar bintang yang baru menyambut kelahiran cahaya mata sulung itu, malah kata Wany, 26, beliau tidak berniat untuk meniru mana-mana artis yang memperjuangkan muzik berkenaan pun apabila merakamkan lagu terbabit.

ADAKAH WANY MENIRU SITI ?

“Jujurnya, saya tidak berniat meniru Siti mahupun artis lain yang menyanyikan lagu irama Malaysia. Saya menyanyikan lagu dalam genre ini kerana minat. Pada masa sama, saya mahu memastikan irama terbabit tidak tenggelam begitu saja.

“Sebenarnya, banyak lagu tradisional yang bagus, tetapi tidak diketahui ramai. Saya pula cukup bersyukur apabila diberikan ruang untuk muncul dengan muzik sebegini.

“Semoga usaha saya ini secara tidak langsung memberikan dorongan kepada penyanyi irama tradisional lain untuk tampil ke depan,” katanya kepada BH Online.

SELALU DIKRITIK ..

Sejak awal kemunculannya, Wany sememangnya tidak dapat lari daripada kritikan dan perbandingan bersama penyanyi lain. Sebelum ini, beliau dikatakan mempunyai suara hampir sama dengan Siti Nordiana.

Menyentuh single baharunya itu, video muzik rasmi Ewah Ewah yang dimuat naik ke laman YouTube pada 4 Mac lalu sehingga kini sudah pun meraih hampir 1.8 juta tontonan.

Wany sendiri tidak menyangka sambutan diterima begitu baik, apatah lagi beliau sedar muzik sedemikian, katanya, bukanlah pilihan stesen radio arus perdana.

“Alhamdulillah, jumlah tontonan video lagu ini semakin meningkat. Ia menjadi bukti masih ada yang meminati lagu irama Malaysia. Karya Pak Ngah sendiri masih mendapat tempat di hati pendengar,” katanya.

Dedah Wany, pada awalnya beliau tidak mempunyai perancangan untuk menerbitkan lagu itu.

“Lagu ini juga sebenarnya kurang dipromosikan oleh saya. Ia dikeluarkan ketika saya dimasukkan ke hospital, baru-baru ini.

“Malah kalau nak diikutkan, tiada rancangan pun untuk mengeluarkan lagu ini. Saya rakam video muzik pun sekadar untuk dimuat naik ke Instagram. Namun, selepas berkongsi video itu awal Februari lalu, ia mendapat maklum balas sangat baik.

“Ramai yang menyokong usaha saya mengeluarkan Ewah Ewah. Selepas melihat sambutan diberikan, saya keluarkan juga sebagai hadiah untuk penyokong,” katanya.

Menurut Wany, Ewah Ewah akan turut dimuatkan dalam album mini yang diusahakannya ketika ini.

Selain lagu itu, album berkenaan akan turut menyenaraikan lagu popularnya, Menahan Rindu; Rintihan Rindu; lagu duet bersama Tajul, Di Sana Cinta Di Sini Rindu; serta sebuah lagu baharu.

Selain itu, Wany juga akan mengeluarkan koleksi baju raya dan makanan sunnah berbentuk jeli dalam masa terdekat.

SUMBER : BHARIAN ONLINE

Wany Hasrita – Ewah Ewah ( Official Music Video)

Kredit Youtube: FMC Music

KENAPA DATUK SITI NURHALIZA MENGATAKAN BELIAU AMAT SEDIH?

DATUK Seri Siti Nurhaliza dibenarkan pulang ke rumah hari ini selepas lima hari berada di sebuah pusat perubatan di ibu kota kerana melahirkan anak sulung, Isnin lalu. – Foto Instagram Rozi Abdul Razak

Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, dibenarkan pulang ke rumah, hari ini, selepas lima hari berada di pusat perubatan kerana melahirkan cahaya mata sulung, Isnin lalu.

Menerusi video dikongsi pengurusnya, Rozi Abdul Razak, di laman sosial Instagram beliau, kira-kira dua jam lalu, penyanyi Comel Pipi Merah itu kelihatan meninggalkan pusat perubatan terbabit bersama suami dan bayi perempuan mereka yang ketika ini digelar Fatimah Az-Zahra.

Dalam rakaman itu juga, bintang kesayangan ramai ini sempat menitipkan ucapan terima kasih kepada seluruh kakitangan pusat terbabit, terutama doktor dan jururawat, yang memberikan layanan baik buatnya sepanjang berada di sana.

“Ya, hari ini Siti sudah dibenarkan pulang. Namun, doktor berpesan supaya beliau berehat dengan sebaiknya.

SITI SEDIH SANGAT ..

“Siti ada memberitahu saya, beliau agak sedih juga sebenarnya nak meninggalkan pusat rawatan berkenaan kerana sepanjang beberapa hari di situ, beliau dan bayinya dijaga dengan baik oleh mereka,” kata Rozi ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.

Perkongsian berkenaan sudah ditonton oleh lebih 145,000 orang dan rata-rata mengucapkan selamat pulang dan berpantang kepada penyanyi berusia 39 tahun itu.

Bahkan, sebahagiannya kagum dengan Siti yang kelihatan berseri, segar dan bertenaga selepas beberapa melahirkan anak pertama.

Rozi sebelum ini menyatakan, Siti akan berehat panjang dan berkemungkinan besar kembali aktif pada penghujung tahun.

“Kalau boleh, kami mahu membiarkan Siti berehat sehingga lepas musim Aidilfitri nanti kerana itulah juga masa sesuai untuk beliau kembali aktif. Bagaimanapun, kami tak nafikan beliau ada perniagaan yang mungkin memerlukannya kembali bekerja lebih awal, iaitu pada Ramadan dan hari raya.

“Begitupun, Siti cuma akan benar-benar aktif bermula pada hujung tahun, sehinggalah 2019. Banyak tawaran mengadakan persembahan yang diterima, selain merakam single baharu,” katanya.

Mengenai video muzik rasmi Comel Pipi Merah yang bakal menampilkan permata hati Siti, Rozi berkata, jika tiada aral melintang ia bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Isteri kepada tokoh korporat terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, itu selamat melahirkan puteri comel seberat 3.55 kilogram secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di ibu negara, jam 8.17 pagi, 19 Mac lalu.

SUMBER : BHARIAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *